Taktik peperangan Perang_Enam_Hari

Serangan Udara Awal

Rencana utama: Operasi Fokus

Pergerakan Israel yang pertama dan paling penting adalah serangan pre-emptif terhadap Tentera Udara Mesir. Ia merupakan tentera udara termoden dan terbesar di kalangan tentera udara Arab, mengandungi lebih kurang 450 pesawat kombat, kesemuanya merupakan buatan Soviet dan baru.

Satu daripada yang dikhuatiri oleh Israel adalah 30 buah pengebom sederhana TU-16 Badger, yang berkebolehan untuk memberikan kerosakan besar kepada pusat awam dan ketenteraan Israel. [67] Pada 5 Jun pukul 7:45 masa Israel, Siren pertahanan awam telah dibunyikan seluruh Israel, Tentera Udara Israel (IAF) telah melancarkan Operasi Fokus (Moked). Keseluruhan 200 jet kecuali 12 yang boleh beroperasi [68] telah meninggalkan kawasan udara Israel dalam satu serangan massa menentang lapangan udara Mesir. [69] Infrastruktur pertahanan Mesir memang amat lemah, dan tiada lapangan terbang udara masih belum lagi dilengkapi dengan bunker bersenjata yang berkebolehan untuk mempertahankan kapalterbang-kapalterbang tentera udara Mesir dalam satu serangan. Kapalterbang-kapalterbang udara Israel telah menuju ke LautMediterranean sebelum berpusing ke Mesir. Dalam pada itu, pihak Mesir menghalang pertahanan mereka sendiri dengan menutup keseluruhan pertahanan udara secara efektif: mereka takut jika penentang Mesir akan menembak jatuh kapalterbang yang membawa seluruh Field Marshal Amer dan Lt-Gen. Sidqi Mahmoud, yang berada di dalam perjalanan daripada al Maza ke Bir Tamada dalam Sinai untuk bertemu dengan komander yang bertugas di sana. Dalam peristiwa ini memang tidak banyak bezanya kerana juruterbang-juruterbang terbang di bawah liputan radar dan sesuai di bawah titik terendah yang mana bateri misil SA-2 daratan-ke-udara akan menjatuhkan kapalterbang tersebut. [70] Israel telah menggunakan strategi serangan campuran; pengeboman dan tembakan yang bertubi-tubi terhadap pesawat, dengan bom penembusan landasan terbang digunakan yang menyebabkan landasan terbang tidak berguna kepada pesawat-pesawat yang tidak musnah dan oleh itu, menjadikannya sasaran yang tidak berupaya untuk gelombang-gelombang serangan Israel yang kemudian. Kejayaan serangan itu menjangkaui apa-apa yang diharapkan oleh perancang-perancangnya. Ia memusnahkan hampir seluruh Tentera Udara Mesir di daratan, tanpa banyak pengorbanan Israel. Melebihi 300 buah pesawat Mesir dimusnahkan, dengan 100 orang juruterbang Mesir dibunuh. [71] Israel hilang 19 buah pesawat dengan kebanyakannya merupakan kehilangan pengendalian, iaitu kegagalan mekanik, kemalangan, dan sebagainya. Serangan ini menjamin keunggulan udara Israel pada sepanjang perang yang berikut.

Sebelum peperangan ini, para kakitangan di lapangan telah berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk memasang pulih dengan pantas pesawat-pesawat yang pulang daripada serangan utara dan oleh itu, membolehkan setiap pesawat membuat serangan utara sehingga empat kali sehari (bertentangan dengan norma tentera udara Arab yang hanya dapat membuat satu atau dua serangan udara setiap hari). Ini membolehkan IAF menurunkan banyak gelombang serangan terhadap lapangan-lapangan terbang Mesir pada hari perang yang pertama, dan mengalahkan Tentera Udara Mesir. Ini juga menyebabkan orang Arab mempercayai bahawa IAF dibantu oleh tentera-tentera utara yang asing (sila lihat di bahagian bawah).

Menyusul kejayaan gelombang-gelombang serangan permulaan terhadap lapangan-lapangan terbang Mesir yang utama, serangan-serangan susulan dibuat pada akhir hari pertama terhadap lapangan-lapangan terbang yang lebih kecil serta lapangan-lapangan Jordan, Syria, dan juga Iraq. Pada sepanjang tempoh perang, pesawat-pesawat Israel meneruskan tembakan yang bertubi-tubi terhadap landasan-landasan terbang Mesir untuk mencegah pemulihannya.

Rujukan

WikiPedia: Perang_Enam_Hari http://archives.cnn.com/2002/WORLD/meast/04/14/me1... http://www.historycentral.com/Israel/1967SixDayWar... http://i-cias.com/e.o/golan_h.htm http://www.isracast.com/Transcripts/060605a_trans.... http://www.isracast.com/narkiss.asx http://www.state.gov/r/pa/ei/bgn/3464.htm http://www.state.gov/r/pa/ho/frus/johnsonlb/xix/28... http://mfa.gov.il/mfa/go.asp?MFAH01bw0 http://www.mfa.gov.il/MFA/Foreign%20Relations/Isra... http://www1.idf.il/DOVER/site/mainpage.asp?sl=EN&i...